Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Peranchis‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba.manakala dalam bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarya berasal dari perkataan ‘usaha’. Menurut kamus dewan, usaha ialah daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan keusahawanan. Schumpeter (1934) dalam Dollinger (1995) mendefinsikan keusahawanan sebagai syarikat yang melaksanakan kombinasi baru bagi pembangunan produk dan perkhidmatan baru, sumber baru untuk bahan mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran baru dan organisasi berbentuk baru. Manakala Cole (1969) mendefinisikan keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan.
Di samping itu, Kuratko & Hodgetts (1992) telah menyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan usahawan. Mereka menyatakan bahawa “entrepreneur is onewho undertakes to organize, manage and assume the risks of busness” selain daripada itu,Dollinger (1995) menyatakan bahawa kewujudan usahawan bukanlah satu fenomena yang baru, usahawan telahpun muncul dan wujud di sepanjang perjalanan sejarah, tetapikonsep dan pelaksanaanya pada masa lalu dan sekarang adalah berbeza dari segi penciptaan dan penerokaan.Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yangsentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara imaginative, kreatif daninovatif. Selanjutnya beliau menyatakan: “Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the one who sees the future that no one else has seen and. If this perception is correct, bring about a reordering of resources to produce greater consumer satisfaction and technological efficiency”. Seterusnya, Stevenson, Roberts & Grousbeck (1989) telah memberi definisi yang lebih berani dengan menyatakan keusahawanan sebagai kesediaan individu untuk merebut peluang tanpa mengambil kira sumber semasa yang ada dalam kawalanya. Hasil daripada pelbagai definisi yang telah diberikan menjurus Dollinger (1995) untuk mendefinisikan keusahawanan sebagai pembentukan syarikat ekonomi yang inovatif bagi tujuan keuntungan atau perkembangan serta kesediaan untuk berhadapan dengan risiko dan ketidakpastiaan. Definisi-definisi yang telah diberikan di atas mendapati keusahawanan mempunyai kaitan rapat dengan usaha-usaha pembentukan, perubahandan pembangunan bagi mewujudkan kombinasi baru dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan denganya.
Wanita Syria menunggu visa untuk masuk ke Lubnan. Kaherah: Majlis Hak Asasi Wanita Mesir (NCWR) baru-baru ini mengecam fenomena lelaki Mesir berkahwin dengan pelarian Syria.
Ramai penduduk Syria menjadi pelarian ke Mesir berikutan konflik di tanah air mereka. Jumlah pelarian Syria berdaftar mencecah 8,858 orang menurut data paling terbaru Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).
Majlis itu dalam satu kenyataan berkata, perkahwinan itu adalah “jenayah dilakukan ke atas wanita atas nama agama, apabila ulama menggalakkan lelaki muda Mesir berkahwin dengan pelarian Syria.”
Sesetengah lelaki mewajarkan perkahwinan itu sebagai langkah pemurah untuk menyelamatkan gadis Syria daripada status pelarian mereka walaupun hakikatnya mereka dipergunakan untuk mendapatkan wang manakala mas kahwin untuk perkahwinan itu biasanya tidak melebihi 500 pound Mesir (RM229.17).
Aktivis berkempen
Sebuah akhbar tempatan menerbitkan kisah dengan tajuk ‘Tragedi tersembunyi perkahwinan Syria di Mesir’ yang melaporkan fenomena itu menghasilkan broker untuk perkahwinan itu.
Menurut status undang-undang Syria, usia minimum untuk berkahwin bagi gadis ialah 16 tahun, manakala undang-undang tidak mengawal perkara itu mengikut perlembagaan baru Mesir.
Kempen dilancarkan dalam laman rangkaian sosial. Aktivis mewujudkan ruangan di Facebook menggunakan nama ‘Pelarian tidak ditawan’ dan satu hashtag di Twitter mengecam isu terbabit.
Majlis mendesak siasatan terhadap angka disebut media dengan pembabitan individu yang menjadi broker perkahwinan supaya tindakan wajar diambil. - Agensi