Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang
lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas
dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah :
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah
menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan
toksin.
ii) Mata menjadi kabur :
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata :
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini
juga menunjukkan badan
mengandungi asid
berlebihan.
iv) Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan
kerja
v) Ketegangan mata dan
kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau
bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan
rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses
pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi
asid berlebihan (biasanya suhu
badan meningkat).
ii) Hidung sumbat :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan
masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin
di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan
masalah alahan hidung.
3. Batuk
a. Batuk keluar kahak :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak
pekat keluar selepas
beberapa hari memakan
RG..
c. Batuk dan berasa gatal
di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong dan paru-paru, biasanya
berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering.
Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini
adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk
membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong.
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan
fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang
lemah.
b. Perut mengandungi
> angin.
>
c. Kurang darah yang
disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan
mengakibatkan kekurangan zat
besi. Sepatutnya
diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum
memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah..
Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH :
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran
darah.
i) Lidah atau gusi bengkak,
sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak
yang berlebihan, injap
menjadi lemah, saluran
koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau
gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah
mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk .
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan
dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat
: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung :
Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki
terasa sakit ketika bangun
pagi dan sakit itu hilang
setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan
mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan
menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin
yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin
melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang
mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR
Proses pembuangan toksin yang
larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit
berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang
yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula
dengan lebih sihat
dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN
KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan
terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-
tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas
.Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian
bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan
fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN :
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN
LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa> kebas menjadi sakit di
bahagian lengan dan
kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin
berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran
darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI :
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
kekurangan senaman dan duduk> terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI :
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI
: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga
batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH
JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak
balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan
dengan sistem pengaliran
darah, jantung dan saraf
otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN
DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan
jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
> C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN
> BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah
tinggi.
ii) Bahagian bawah
(tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau
tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA> GAS KELUAR DARI TELINGA
:Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI
KEPALA
Tanda pembuangan toksin
sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan
penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG
MEMUSING
Tanda kurang darah atau
pengaliran darah tidak lancar.