Pantun Hiburan

19:14
Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Kenapa kau nak jolok pakai galah Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar. Kalau a...

Wednesday, 28 November 2012

Highlight Malaysia vs Laos 4 -1 2012


Malaysia Boleh !

Sunday, 25 November 2012

Penyokong hilang sabar tahan bas bawa pemain Harimau Malaya



KUALA LUMPUR - Kekalahan 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pertama Piala Suzuki AFF 2012 menimbulkan rasa tidak puas hati kepada penyokong Ultras Malaya.
Lebih kurang 100 penyokong sejati skuad kebangsaan itu menunggu di pintu keluar pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil menuntut jurulatih, Datuk K. Rajagobal memberi penjelasan kekalahan tersebut.
Wakil Ultras Malaya, Redzuan Ahmad mempersoalkan apa yang jurulatih Harimau Malaya itu buat dalam tempoh dua tahun selepas memenangi kali pertama Piala AFF Suzuki 2010.
"Apa yang dibuat selama ini, apa perancangannya selepas dua tahun memenangi piala ini," katanya kepada media dengan rasa tidak puas hati selepas pengendali negara itu berjanji akan memulakan episod baru sebaik sahaja bermula AFF 2012.

Jelasnya, skuad kebangsaan diperkotak-katikkan di gelanggang sendiri dan maruah tercalar apabila mereka tunduk kepada pasukan jiran yang selama ini sering kali bertemu dalam perlawanan persahabatan.
Kumpulan Ultras Malaya itu sanggup menunggu kira-kira sejam di pintu yang sering kali menjadi laluan utama kepada skuad kebangsaan untuk menaiki bas pulang ke hotel.
Bagaimanapun, pengendali skuad kebangsaan itu tidak muncul dan dikhabarkan keluar di pintu lain manakala pemain pula keluar berasingan di pintu laluan bas tersebut tanpa sebarang kekecohan.


Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kalimah Najib ini kelihatan di sebiji buah yang dipamerkan di MAHA2012


Kalimah Najib ini kelihatan di sebiji buah yang dipamerkan di MAHA2012.Adakah ini bermakna Dato Seri 1Malaysia ialah pemimpin ajaib sehingga buah pun mempunyai kalimah nama beliau? Ini lebih ajaib dari penampakan Dara Mary di tingkap hospital atau sejadah solat. Jelas dan terang kalimah najib ini dan tidak samar-samar. #JanjiDitepati.... nama dibuahi!


Thursday, 15 November 2012

Pantun Hiburan

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Lagi pantun dengan membaca artikel ini sepenuhnya

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, “Cash On Delivery”!

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan..

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Lagi

Powered by Blogger.